Monday, November 1, 2010

SAMA TUA... mungkin usia bangunan ini dan aci ini sebaya, itulah sebabnya pekan koboi ini semakin sepi serta lesu tidak bermaya... kita harus lakukan untuk perubahan agar segar semula dan tidak sepi dimamah usia...

BAGAN DATOK TANPA WARNA

SEPI SEBUAH PEKAN YANG AHLI PARLIMENYA BERTARAF MENTERI KANAN...

HITAM PUTIH BAGAN DATOK

PERLUNYA PERUBAHAN UNTUK MENGSTRUKTURKAN SEMULA EKONOMI BUMIPUTERA

Saturday, October 30, 2010

ZAHID SEDIA LEPAS PENGERUSI UMNO PULAU PINANG

Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi sedia melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang jika diarahkan oleh Presiden parti. Kesediaan tersebut dibuat selepas memikirkan kepimpinan UMNO negeri harus ditadbir oleh anak tempatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Komuniti Bestari dan Penyerahan Surat Akuan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Baru, Bagan Datok. Jelas beliau lagi, hanya menantikan arahan dari Presiden dan pada bila-bila masa beliau sedia melepaskan jawatan tersebut.

Friday, October 29, 2010

Naib Ketua Bahagian memperbincangkan isu 153

Naib Ketua Bahagian Bagan Datok, Hasan Hamzah pagi ini menjadi moderator kepada pembentangan pertama pada "Forum Memperkasa Ekonomi Bumiputera" di Ipoh. Pembentangan bertajuk "Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan : Benteng Keistimewaan Orang Melayu".

Sesi yang panas ini berjaya dikawal oleh Hasan Hamzah dengan cadangan serta pendapat peserta membuat sesi ini amat bermakna.

Saturday, October 23, 2010

KENALI KETUA KAMPUNG ANDA.

Sidang Sani merupakan Ketua Kampung Teluk Buluh sejak 2008 yang lalu. Anak jati Teluk Buluh mewarisi sifat kepimpinan arwah ayahandanya. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bagan Datok ini juga turut memegang jawatan Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pengerusi Masjid.

Sidang Sani, 54 tahun juga merupakan Timbalan Pengerusi, Sekretariat Pendidikan UMNO Bagan Datok boleh dihubungi di talian 019-5928089.

Friday, July 30, 2010

Program Bina Insan Guru (BIG) IPG Kampus Ipoh

Bermula dari 29 hingga 31 Julai 2010, Kampung Pasang Api menerima lebih 40 orang pelajar IPG Kampus Ipoh yang bertandang di rumah 13 orang penduduk kampung. Program ini disempurnakan perasmian penutupnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Dato' Sha'arani Mohamad.

catatan sementara...


Sejak sekian lama menyepi dan amat kurang menerbitkan artikel, kini saya kembali aktif untuk melapor yang terkini dan sensasi berkenaan Bagan Datok...

Nantikan kedatangan artikel yang menyusul sebentar lagi......

mat binjai...

Monday, February 1, 2010

Selamat Tahun Baru kepada semua warga Bagan Datok yang melayari laman sesawang ini. Maaf kerana amat kurang memuat turun sebarang laporan terkini. Nanti akan ada yang terkini.

terima kasih..
mat binjai the blogger..

Monday, January 4, 2010

PELAJAR SUSAH TERIMA BANTUAN



HUTAN MELINTANG, seramai 217 orang palajar dari keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan peralatan persekolahan seperti bag sekolah, alatulis serta pakaian sekolah.
Kesemua penerima merupakan pelajar dari berbagai bangsa yang bersekolah disekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melaintang, sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bagan Datok.
Menurut Pengerusi Pengajur, Haji Ahmad Abdullah program ini merupakan sebahagian dari usaha yang dijalankan oleh Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datok. Jelas beliau lagi "ini merupakan tradisi yang diadakan setiap tahun. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga miskin yang terlibat".
Difahamkan, program yang sama juga akan dianjurkan di DUN Rungkup yang merupakan salah satu DUN dalam Parlimen Bagan Datok dalam masa yang terdekat. Kepada semua yang terlibat, Syabas dan Tahniah atas segala usaha dan sumbagan yang diberikan.