Monday, January 4, 2010

PELAJAR SUSAH TERIMA BANTUAN



HUTAN MELINTANG, seramai 217 orang palajar dari keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan peralatan persekolahan seperti bag sekolah, alatulis serta pakaian sekolah.
Kesemua penerima merupakan pelajar dari berbagai bangsa yang bersekolah disekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melaintang, sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bagan Datok.
Menurut Pengerusi Pengajur, Haji Ahmad Abdullah program ini merupakan sebahagian dari usaha yang dijalankan oleh Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datok. Jelas beliau lagi "ini merupakan tradisi yang diadakan setiap tahun. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga miskin yang terlibat".
Difahamkan, program yang sama juga akan dianjurkan di DUN Rungkup yang merupakan salah satu DUN dalam Parlimen Bagan Datok dalam masa yang terdekat. Kepada semua yang terlibat, Syabas dan Tahniah atas segala usaha dan sumbagan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment