Saturday, October 30, 2010

ZAHID SEDIA LEPAS PENGERUSI UMNO PULAU PINANG

Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi sedia melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang jika diarahkan oleh Presiden parti. Kesediaan tersebut dibuat selepas memikirkan kepimpinan UMNO negeri harus ditadbir oleh anak tempatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Komuniti Bestari dan Penyerahan Surat Akuan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Baru, Bagan Datok. Jelas beliau lagi, hanya menantikan arahan dari Presiden dan pada bila-bila masa beliau sedia melepaskan jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment