BATEN BATAWI SILAT WARISAN JAWA.
Pada hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan menjengah ke Kampung Matang Kunda atas undangan seorang sahabat. Kunjungan kali ini benar-benar mengujakan saya untuk mencoret dalam blog ini.Dalam kemodenan yang kita nikmati hari ini, rupanya masih ada lagi insane-insan yang bertanggungjawab mampu melakukan aktiviti bagi mengisi masa lapang anak muda yang dikatakan jauh terjerumus dalam pelbagai masalah sosial. Kunjungan saya selama hampir 1 jam sempat melihat bagaimana gigihnya lebih 50 orang yang berusia diantara 12 hingga 30 tahun mempelajari seni mempertahankan diri yang dipanggil “SILAT BATEN BATAWI”.
Menurut guru utamanya Tuan Guru Zulkifli Ahmad Shah, silat ini berasal dari Batawi, Indonesia yang diwarisinya secara turun temurun. Silat ini menggunapakai pergerakan haiwan seperti harimau dan sebagainya. Dikatakan silat asal-usul silat ini dari seorang suri rumah yang sentiasa dikasari oleh suaminya.
Jelas Zulkifli “orang dulu-dulu kata, ada seorang isteri yang selalu kena marah dengan suaminya dan dipukul lari keluar rumah dan duduk dibawah sebatang pokok. Masa dia duduk, isteri ini Nampak dua ekor binatang bergaduh. Selepas itu, isteri ini pun pulang ke rumah dan semasa dipulang suaminya terus marah dan pukulnya. Jadi isteri ini pun menggunakan cara binatang yang bergaduh tadi. Suaminya jadi hairan dimana isterinya belajar silat. Selepas bergaduh dan melihat kehebatan istyerinya, suami pun minta maaf”.
Tambahnya lagi mungkin satu kebetulan atau cerita rekaan beliau tidak boleh memastikan, akan tetapi itulah yang diceritakan secara turun temurun. Ada kebetulanya, dimana salah satu langkah yang dipanggil langkah lima menggunakan teknik menyerupai harimau dan semua pergerakannya seperti harimau yang bergaduh.
Walau apapun, sekalung tahniah buat Zulkifli dan rakan-rakannya. Meskipun Nampak kecil usaha mereka ini, setidak-tidaknya mereka mampu melakukan sesuatu untuk membantu remaja dan belia masa kini dari terus terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.
SEMOGA SEMUA USAHA YANG DIJALANKAN MENDAPAT BARAKAH SERTA HIKMAH DARI ALLAH SWT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YANG KITA CINTAI.
No comments:
Post a Comment