ANAK BAGAN DATOK DISARAN BERSAMA MEMBANGUNKAN KAMPUNG.
Bagan Datok, 16 Disember: Anak kelahiran Bagan Datok yang berada diluar negara serta diseluruh negara disaran bersama menyumbang kepada pembangunan Bagan Datok serta perlu merasa bangga dilahirkan dari kawasan ini.
Demikian menurut Ahli Parlimen Bagan Datok yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Haji Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Perasmian Rakan Alam Sekitar Parlimen Bagan Datok, diperkarangan Jetti Bagan Datok.
Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid lagi, mereka tidak perlu merasa malu dan harus berasa bangga mereka dilahir di daerah ini. “Jika sebelum ini ditanya mereka dari mana, pastinya akan menjawab Teluk Intan bukannya Bagan Datok. Mengapa harus kita malu menyatakan kita dari Bagan Datok. Tapi kini bila menyatakan Bagan Datok, orang akan kata Kawasan Datuk Zahid”.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata masyarakat Bagan Datok perlu meneruskan tradisi menghormati antara kaum yang telah diamal sejak sekian lama dulu. Keharmonian yang ada tidak perlu diragui lagi dan konsep 1
No comments:
Post a Comment