Sunday, December 20, 2009

JALAN-JALAN UNTUK MAKAN

SELERA RIMBA SEDIA MAKANAN BANJAR DAN JAWA.

Jika anda berpeluang menerlusuri jalan kampong dari Behrang ke Sabak Bernam melalui bebebrapa Tanah Rancangan Felda anda akan melalui Sepintas sebelum sampai ke simpang Sabak Bernam. Meskipun ianya satu perjalanan yang agak membosankan, tetapi bagi kaki pecut dan mereka yang mementing masa laluan ini adalah pilihan yang terbaik.

Bayangkan, dari Kuala Lumpur ke Bagan Datok hanya mengambil masa kurang dari 2 jam perjalanan. Betapa laju pemandu tersebut memandu keretanya? Akan tetapi kali ini bukan cerita mengenai pemanduan atau kelajuan tetapi sebuah gerai ditepi jalan di Sungai Lembing, Sepintas.

Pertama kali diperkenalkan kepada saya, agak terkejut kerena dalam suasana kebun kelapa sawit dan hutan kebun terdapat sebuah kedai makan dan kemudahan resort yang dipanggil “SELERA RIMBA”.

Uniknya kedai makan ini ialah masakan yang dihidangkan terdiri masakan tradisi dan resepi masyarakat Banjar dan Jawa. Lebih istimewanya lagi, pengusaha kedai makan ini mempunyai permit menjual samada bermasak atau mentah, membeli dan menjual binatang hidupan liar yang diimport atau tempatan. Salinan permit yang dipamerkan ditepi tempat membasuh tangan dikedai tersebut.

Dengan lain perkataan, kalau hendak makan daging kijang, rusa, kancil, ayam hutan, landak dan sebagainya (maksudnya halal dimakan oleh orang Islam) boleh ditempah atau diperolehi dari kedai ini.

Oleh itu, jika anda adalah “kulaan” atau “Jawa Ngencerit” yang tidak pernah makan masakan sendiri, silalah berkunjung ke kedai ini. Sebelum memesan makanan katakana anda mengetahuinya melalui blog http://www.bagandatok.blogspot.com/. Pasti anda akan memperolehi potongan harga yang menarik.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi HAMKA JAAFAR (016-3160344) alamat lokasi : KAMPUNG BELIA 2, JALAN SUNGAI PANJANG, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN. Waktu operasi 11:00 pagi hingga 5:00 petang dan tutup pada hari Jumaat.

SENI WARISAN BANGSA

BATEN BATAWI SILAT WARISAN JAWA.

Pada hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan menjengah ke Kampung Matang Kunda atas undangan seorang sahabat. Kunjungan kali ini benar-benar mengujakan saya untuk mencoret dalam blog ini.

Dalam kemodenan yang kita nikmati hari ini, rupanya masih ada lagi insane-insan yang bertanggungjawab mampu melakukan aktiviti bagi mengisi masa lapang anak muda yang dikatakan jauh terjerumus dalam pelbagai masalah sosial. Kunjungan saya selama hampir 1 jam sempat melihat bagaimana gigihnya lebih 50 orang yang berusia diantara 12 hingga 30 tahun mempelajari seni mempertahankan diri yang dipanggil “SILAT BATEN BATAWI”.

Menurut guru utamanya Tuan Guru Zulkifli Ahmad Shah, silat ini berasal dari Batawi, Indonesia yang diwarisinya secara turun temurun. Silat ini menggunapakai pergerakan haiwan seperti harimau dan sebagainya. Dikatakan silat asal-usul silat ini dari seorang suri rumah yang sentiasa dikasari oleh suaminya.

Jelas Zulkifli “orang dulu-dulu kata, ada seorang isteri yang selalu kena marah dengan suaminya dan dipukul lari keluar rumah dan duduk dibawah sebatang pokok. Masa dia duduk, isteri ini Nampak dua ekor binatang bergaduh. Selepas itu, isteri ini pun pulang ke rumah dan semasa dipulang suaminya terus marah dan pukulnya. Jadi isteri ini pun menggunakan cara binatang yang bergaduh tadi. Suaminya jadi hairan dimana isterinya belajar silat. Selepas bergaduh dan melihat kehebatan istyerinya, suami pun minta maaf”.



Tambahnya lagi mungkin satu kebetulan atau cerita rekaan beliau tidak boleh memastikan, akan tetapi itulah yang diceritakan secara turun temurun. Ada kebetulanya, dimana salah satu langkah yang dipanggil langkah lima menggunakan teknik menyerupai harimau dan semua pergerakannya seperti harimau yang bergaduh.

Walau apapun, sekalung tahniah buat Zulkifli dan rakan-rakannya. Meskipun Nampak kecil usaha mereka ini, setidak-tidaknya mereka mampu melakukan sesuatu untuk membantu remaja dan belia masa kini dari terus terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

SEMOGA SEMUA USAHA YANG DIJALANKAN MENDAPAT BARAKAH SERTA HIKMAH DARI ALLAH SWT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YANG KITA CINTAI.

JOM MAKAN-MAKAN

SOTO PALING “BEST” DI BAGAN DATOK.

Bak kata orang “ tidak sah kunjungan anda ke Bagan Datok jika tidak menikmati soto atau sup Bagan Datok”. Soto atau juga sup Bagan Datok ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dari resepi dan juga cara persembahannya.

Satu mangkuk soto didalamnya terdapat pilihan daging atau ayam yang dicarik-carik bersama nasi impit, bihun yang digoreng, kacang tanah dan bermacam lagi (seperti gambar). Rasanya umpama sup tetapi ianya lebih sedap dan mempunyai aroma yang tersendiri.

Tidak susah untuk mencari soto atau sup di Bagan Datok, jika pada hujung minggu anda boleh terus berkunjung ke pasar malam atau “Pekan Ahad” pada hari Ahad pastinya boleh menikmati sup yang lazat ini. Jika berkunjung pada hari biasa, anda boleh memperolehinya di gerai sekitar Jetti Bagan Datok.

Tetapi jika anda mahupun yang benar-benar asli dan lazat terdapat satu gerai dihujung pekan Bagan Datok bersebelahan Tadika Pepaduan. Gerai makan yang sudah berusia lebih 6 tahun ini dimiliki oleh pasangan suami isteri Mohd Razali Mohd Yusuf (44) dan pasangannya Norhasida Mohd Hashim (40).Waktu operasi gerai makanan ini dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam setiap hari, pendek kata boleh dikategorikan sebagai 365 hari operasinya. Harganya pula diantara RM 2.50 hingga RM 3.50 dan jika anda mahukan potongan istimewa sila nyatakan anda mengetahuinya dari laman blog http://www.bagandatok.blogspot.com/. Pastinya akan berbaloi.

Saturday, December 19, 2009

HARAPAN AHLI PARLIMEN

ANAK BAGAN DATOK DISARAN BERSAMA MEMBANGUNKAN KAMPUNG.




Bagan Datok, 16 Disember: Anak kelahiran Bagan Datok yang berada diluar negara serta diseluruh negara disaran bersama menyumbang kepada pembangunan Bagan Datok serta perlu merasa bangga dilahirkan dari kawasan ini.

Selain itu, anak kelahiran Bagan Datok yang terdiri daripada golongan professional amat dialu-alukan membawa kepakaran mereka bersama kembali ke Bagan Datok membantu sebagai salah satu cara membalas jasa ibubapa serta masyarakat setempat diatas kejayaan mereka.


Demikian menurut Ahli Parlimen Bagan Datok yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Haji Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Perasmian Rakan Alam Sekitar Parlimen Bagan Datok, diperkarangan Jetti Bagan Datok.




Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid lagi, mereka tidak perlu merasa malu dan harus berasa bangga mereka dilahir di daerah ini. “Jika sebelum ini ditanya mereka dari mana, pastinya akan menjawab Teluk Intan bukannya Bagan Datok. Mengapa harus kita malu menyatakan kita dari Bagan Datok. Tapi kini bila menyatakan Bagan Datok, orang akan kata Kawasan Datuk Zahid”.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata masyarakat Bagan Datok perlu meneruskan tradisi menghormati antara kaum yang telah diamal sejak sekian lama dulu. Keharmonian yang ada tidak perlu diragui lagi dan konsep 1 Malaysia telah lama diamalkan oleh penduduk kawasan Bagan Datok.

PEMBANGUNAN BAGAN DATOK



RMK 10 BAGAN DATOK MENGALAMI PERUBAHAN.



Bagan Datok akan mendapat tempias dari Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh yang akan dibentangkan selepas ini. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara ini menyaksikan Bagan Datok mempunyai beberapa pembangunan fizikal.



Antara yang akan dibangunkan ialah Pusat Kuarantin (CIQ) di Jetti Bagan Datok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM Tentera), Sekolah Agama Berasrama Penuh dan beberapa yang lain.



Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid, “Itu yang boleh saya cakap, yang lain kita tunggu dan lihat. Tak boleh cakap banyak-banyak nanti orang tuntut dan kalau tak ada nanti lain cerita pulak. Jadi kita buat kerja dulu dan jangan cakap banyak.” Beliau berkata demikin ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar Parlimen Bagan Datok.



Sehubungan denga itu, perpaduan yang ada serta keharmonian perlu dijaga dan masyarakat Bagan Datok perlu bersama-sama menjayakan usaha ini.

ISU ENJIN PESAWAT PEJUANG HILANG

PENCURI TELAH DIKENAL PASTI.

Pencuri enjin jet perjuang yang dilaporkan hilang oleh akhbar tempatan hari ini telah dikenal pasti. Enjin tersebut rosak dan dalam proses pembaikpulih telah hilang dan kini disyaki berada di Amerika Selatan, demikian menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas Merasmikan Rakan Alam Sekitar Parlimen Bagan Datok.

Jelas beliau lagi lebih 20 anggota tentera pangkat bawahan terlibat dalam kes dan kesemua mereka telah dikenal pasti termasuk pembeli. Ini adalah kes kecurian yang terancang dan kesemua disogok dengan sejumlah wang yang besar.

Enjin tersebut disyaki digunakan sebagai alat ganti kepada model yang sama yang digunakan dinegara Amerika Selatan, ini kerana harganya murah dan diperolehi dengan mudah dari Malaysia.

Ditanya mengenai tahap keselamatan dikem-kem tentera diseluruh negara, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, sememangnya tahap keselamtan yang tinggi dan ketat akan tetapi kejadian ini terancang dan amat rapi dilakukan.

Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid lagi, kesemua anggota tentera yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang tentera dan pembeli dari pihak luar dianggap sebagai pengkianat Negara dan mereka juga akan dikenakan tindakan undang-undang sedia berkaitan pengkhianatan negara.

Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Polis dan hasilnya akan dimaklumkan secepat mungkin dan Perdana Menteri sudah dimaklumkan dengan perkara ini.

Monday, December 7, 2009

Kejayaan Anak Bagan Datok.






Parlimen Malaysia, 8 Disember. Anak kelahiran Bagan Datok hari telah mencipta nama di tanahair kerana buat pertama kalinya menerbitkan Ensiklopedia Penyata Parlimen Malaysia sejak 1959-2009.

Difahamkan 450 jilid buku bagi kompilasi 50 tahun dengan kos penerbitan hampir RM 10 juta. Penerbitan Perdana ini telah dirasmikan Datuk Seri Mohamad Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Dijabatan Perdana Menteri.

Apa yang lebih membanggakan, lebih 70% krew penerbitan terdiri dari anak kelahiran Bagan Datok yang dikepali oleh Tuan Haji Hasan Hamzah juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datok.

majlis pelancaran encyclipodei of hansard

Salam pada semua yang membaca, sekarang ini Y.B Datuk Seri Mohamad Nazri sedang berucap pada majlis pelancaran Encyclopedia Of Hansard yang julung-julung kalinya di Malaysia. Ini bersempena dengan perayaan 50 tahun parlimen Malaysia.

Berita lanjut akan diposkan dalam blog ini, majlis ini merupakan usaha yang di jalankan oleh Naib Ketua Bahagian Bagan Datok, Haji Hasan Hamzah.

Sehingga Jumpa Lagi...