Wednesday, November 11, 2009

Masih Berbaloikah Menanam Kelapa ?



Bagan Datok- Pada era 70-an Bagan Datok sememangnya terkenal sebagai pengeluar utama kelapa negara, akan tetapi kegemilangan itu telah lenyap. Ditambahkan pula dengan kemasukan kelapa dari Indonesia bagi memenuhi permintaan kelapa dinegara ini.

Persoalan yang timbul dibenak fikiran orang kampung seperti saya, apakah punca masalah dan tidak berkualitikah lagi kelapa Bagan Datok? Siapa yang harus kita perlasahkan dalam hal ini. Pernah pada satu pameran di Bagan Datok, kawan saya dari Kuala Lumpur juga anak Bagan Datok bertanya kepada seorang pegawai kanan MARDI Bagan Datok tentang tanaman kelapa ini masih bernilai ekonomi atau tidak.

Jawapan dari pegawai MARDI tersebut mudah sahaja, "tak tahu le pulak, sebab bidang saya padi". Balasan kawan saya "so u buat apa kat MARDI?", pegawai tersebut terus diam seketika dan menjawab lagi "itu bukan bidang saya, kelapa nie."

Terlintas difikiran saya, pegawai MARDI ini mungkin "makan gaji buta" atau "goyang kaki". Logik dari percakapan tadi, apa yang boleh dilakukan oleh seorang pegawai MARDI yang bidang kepakaranya padi buat penyelidikan atau ditempat dikawasan kebun kelapa. Mungkin pegawai tadi tengah buat penyelidikan untuk mengintergrasikan tanam kelapa dan padi sekali atau menanam padi dicelah-celah pokok kelapa.



Inilah sikap pegawai kerajaan yang menyebabkan orang kampung naik muak. Bukan niat saya untuk menghentam pegawai kerajaan, ada yang baik dan bagus. Memang hebat, tapi yang malas dan tidak faham ruang lipngkup tugasan yang pening dibuatnya.


Cerita balik pasal buah kelapa atau nyior yang popular di sini, ancaman mahluk perosak seperti kera, lotong, babi hutan dan macam-macam lagi menyebabkan kurangnya pengeluaran bahan komoditi ini di Bagan Datok.

Itu tidak menyentuh soal harga lagi, kalau kita ke Kampung Kota di Hutan Melintang lagi seronok ceritanya. Harga kelapa di Bagan Datok sekitar 40 sen hingga 60 sen sahaja, seberang sungai harganya boleh mencecah sehingga 90sen pada satu ketika. Mengapa ini terjadi ?

Berbalik kepada cerita mahluk perosak, mana tidaknya binatang ini berada di kebun. Malah orang tua saya ada terjumpa pak belang dikebun. Ini kerana tiadanya pertumbuhan penduduk di Bagan Datok. Demografinya negatif sekirang 10 hingga 15 peratus. Maknanya macam tiada orang yang beranak di Bagan Datok.

Hal ini pernah saya ketengahkan pada persidang tahunan parti siasah di Bagan Datok, yang sakit hatinya saya ada yang mempersendakan cadangan saya ketika itu. Orang kuat dan kononnya AJK parti siasah diperingkat bahagian. Siap mereka mentertawakan lagi saya, kononnya bercakap mengikut nafsu dan darah muda.

Tapi kini telah terbukti, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini menang piliharaya dengan majoriti 12 ribu lebih dan yang lepas tak sampai 2 ribu majoriti. Memanglah tak malunya AJK ini masih lagi gah dengan statusnya kini dan langsung tidak ambil pusing dengan hal yang saya perkatakan.

Berbalik kepada buah kelapa, majoriti yang tinggal di Bagan Datok atas 50 tahun dan keatas atau lebih molek kita katakan kampung orang pencen. Dimana tenaga dan kurat mereka untuk berkebun, jadi tinggallah kebun atau upahkan orang melakukanya.

Tranfomasi pertanian dari kelapa ke kelapa sawit juga dilihat sebagai faktor penyumbang dalam kemorosotan pengeluaran kelapa di Bagan Datok. Akan tetapi semua ini dilakukan melalui sistem pajak atau kontrak. Sementara kelapa sawit mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Jika tidak, belum pasti apa yang akan berlaku.

Sekirannya anda yang membaca punya idea, pandangan serta tidak bersetuju dengan pandangan peribadi saya ini sila emailkan semuanya kepada saya. Terima Kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment