Sepanjang bulan November hingga Disember setiap tahun Bagan Datok mengalami hujan yang lebat, kutipan hujan di Bagan Datok melebihi dari bulan-bulan lain di sepanjang tahun. Seperkara lagi difahamkan Bagan Datok juga merupakan kawasan yang berada dibawah aras laut.
Satu senario yang biasa dialami oleh penduduk Bagan Datok yang rata-ratanya merupakan petani dan pekebun kecil kelapa seta kelapa sawit akan mengalami kerugian yang besar selama dua bulan ini.
Perkara yang menakutkan semua orang ialah siapa yang akan menanggung kerugian yang dialami oleh mereka ini. Air hujan yang mengenangi kebun lebih seminggu dan ada yang hampir sebulan menyebabkan banyak pokok tanaman kontan serta kelapa sawit akan mati.
Peliknya hal ini sebagai satu rutin sepanjang tahun sejak 10 tahun yang lalu. Apakah Jabatan Parit dan Saliran semacam tidak ambil peduli atau melihat hal ini. Jika sebelum ini mungkin pengundi Bagan Datok akan berkata bahawa Ahli Parlimen bukan seorang yang cukup kuasa, tetapi kini Ahli Parlimen seorang Menteri Kanan.
Apakah juga tidak cukup kuasa untuk mengarahkan JPS untuk melihat dan mengambil langkah yang perlu untuk hal ini. Dimaklumkan pam yang disediakan juga tidak berfungsi untuk mengatasi masalah ini.
Oleh yang demikian satu penyelesaian yang berpanjangan diperlukan untuk menambah baik hal ini. Bukan sahaja peruntukan bahkan perhatian juga diperlukan bagi mengatasi semua ini moga semuanya akan mendapat manfaat dari perkara ini.
1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pemcapaian diutamakan. 1 suara 1 hasrat, Bagan Datok aman sejahtera.
No comments:
Post a Comment