Monday, November 30, 2009

BAGAN DATOK BANJIR...

Sepanjang bulan November hingga Disember setiap tahun Bagan Datok mengalami hujan yang lebat, kutipan hujan di Bagan Datok melebihi dari bulan-bulan lain di sepanjang tahun. Seperkara lagi difahamkan Bagan Datok juga merupakan kawasan yang berada dibawah aras laut.
Satu senario yang biasa dialami oleh penduduk Bagan Datok yang rata-ratanya merupakan petani dan pekebun kecil kelapa seta kelapa sawit akan mengalami kerugian yang besar selama dua bulan ini.
Perkara yang menakutkan semua orang ialah siapa yang akan menanggung kerugian yang dialami oleh mereka ini. Air hujan yang mengenangi kebun lebih seminggu dan ada yang hampir sebulan menyebabkan banyak pokok tanaman kontan serta kelapa sawit akan mati.
Peliknya hal ini sebagai satu rutin sepanjang tahun sejak 10 tahun yang lalu. Apakah Jabatan Parit dan Saliran semacam tidak ambil peduli atau melihat hal ini. Jika sebelum ini mungkin pengundi Bagan Datok akan berkata bahawa Ahli Parlimen bukan seorang yang cukup kuasa, tetapi kini Ahli Parlimen seorang Menteri Kanan.
Apakah juga tidak cukup kuasa untuk mengarahkan JPS untuk melihat dan mengambil langkah yang perlu untuk hal ini. Dimaklumkan pam yang disediakan juga tidak berfungsi untuk mengatasi masalah ini.
Oleh yang demikian satu penyelesaian yang berpanjangan diperlukan untuk menambah baik hal ini. Bukan sahaja peruntukan bahkan perhatian juga diperlukan bagi mengatasi semua ini moga semuanya akan mendapat manfaat dari perkara ini.
1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pemcapaian diutamakan. 1 suara 1 hasrat, Bagan Datok aman sejahtera.

Friday, November 27, 2009

HEBATNYA KORBAN DI BAGAN DATOK

Lebih dari 30 ekor lembu telah dikorbankan sekitar Bagan Datok sejak awal pagi tadi. Meskipun hujan lebat bermula darijam 2 pagi higga lewat jam 10 pagi tinjauan disekitar Bagan Datok mendapati majlis korban begitu rancak dijalankan.
Dimaklumkan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Besar Perak telah menyumbangkan 2 ekor lembu dan Yang Berhormat Datuk Seri Parlimen telah menyumbangkan 15 ekor lembu. berikut adalah gambar sekitar majlis korban sekitar bagan datok.

Satu dari beberapa lokasi majlis korban di sekitar Bagan Datok.


ADUN Rungkup yang turut serta dalam aktiviti melapah daging korban.


Tuesday, November 24, 2009

Salam Kemaafan Buat Semua Yang Membaca...

Salam buat semua, maaf kerana dan hampir seminggu tak update blog ini. Ini kerana kewalangan yang teramat sangat dalam minggu lepas. Jadi program di Rungkup pun teman tidak sempat menjengah. Dikhabarkan hebat juga program yang dianjurkan, kan bagus kalau dianjurkan selalu untuk orang Bagan Datok.

Baiklah, sempena sambutan Eidul-Adha ini teman menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua. ingat ibadah korban merupakan satu simbolik sahaja kepada pengorbanan kita dalam memperjuangankan agama, bangsa dan negara.

Moga korban kini mendapat barakah dan safaat dari Allah swt bukan korban sahaja dengan mengeluarkan wang untuk menumbangkan lembu demi bermegah-megah. Selamat Eidul-adha. Jumpa lagi...

Sunday, November 15, 2009

JOM RAMAI-RAMAI KITA KE RUNGKUP

Jom kengkawan kita ramai-ramai ke Rungkup pada 22 November ini kerana ada program 1Malaysia yang dianjurkan. Tempat tepat dan jam berapa nanti saya tulis lain. Katanya YB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi turun. Moh kita ramai-ramai kesana.

Bukan apa, kita jumpa Datuk Seri... bukan senang nak jumpa Ahli Parlimen Bagan Datok... malah dah jadi menteri lagi payah.... teman nasihatkan kengkawan kalau ada apa benda yang nak minta sokongan, bantuan, luahan rasa, rasa tidak puas hati dan sebagainya... baik kengkawan tulis surat rasmi dan bagi di tangan Datuk Seri sendiri.

Teman yakin dan pasti akan ada maklum balasnya... ini semua demi pembangunan dan kebaikan bersama. Kerana kita mendokong konsep "1 Malaysia, Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan".

Takan tok sidang, ketua cawangan baik parti kerajaan atau pembangkang dan sesiapa sahaja yang mengakui mereka adalah ketua kononya nak marah. BERANI KERANA BENAR DAN BERANI BERUBAH. HIDUP ORANG BAGAN DATOK...

Jumpa lagi....

Wednesday, November 11, 2009

Masih Berbaloikah Menanam Kelapa ?



Bagan Datok- Pada era 70-an Bagan Datok sememangnya terkenal sebagai pengeluar utama kelapa negara, akan tetapi kegemilangan itu telah lenyap. Ditambahkan pula dengan kemasukan kelapa dari Indonesia bagi memenuhi permintaan kelapa dinegara ini.

Persoalan yang timbul dibenak fikiran orang kampung seperti saya, apakah punca masalah dan tidak berkualitikah lagi kelapa Bagan Datok? Siapa yang harus kita perlasahkan dalam hal ini. Pernah pada satu pameran di Bagan Datok, kawan saya dari Kuala Lumpur juga anak Bagan Datok bertanya kepada seorang pegawai kanan MARDI Bagan Datok tentang tanaman kelapa ini masih bernilai ekonomi atau tidak.

Jawapan dari pegawai MARDI tersebut mudah sahaja, "tak tahu le pulak, sebab bidang saya padi". Balasan kawan saya "so u buat apa kat MARDI?", pegawai tersebut terus diam seketika dan menjawab lagi "itu bukan bidang saya, kelapa nie."

Terlintas difikiran saya, pegawai MARDI ini mungkin "makan gaji buta" atau "goyang kaki". Logik dari percakapan tadi, apa yang boleh dilakukan oleh seorang pegawai MARDI yang bidang kepakaranya padi buat penyelidikan atau ditempat dikawasan kebun kelapa. Mungkin pegawai tadi tengah buat penyelidikan untuk mengintergrasikan tanam kelapa dan padi sekali atau menanam padi dicelah-celah pokok kelapa.



Inilah sikap pegawai kerajaan yang menyebabkan orang kampung naik muak. Bukan niat saya untuk menghentam pegawai kerajaan, ada yang baik dan bagus. Memang hebat, tapi yang malas dan tidak faham ruang lipngkup tugasan yang pening dibuatnya.


Cerita balik pasal buah kelapa atau nyior yang popular di sini, ancaman mahluk perosak seperti kera, lotong, babi hutan dan macam-macam lagi menyebabkan kurangnya pengeluaran bahan komoditi ini di Bagan Datok.

Itu tidak menyentuh soal harga lagi, kalau kita ke Kampung Kota di Hutan Melintang lagi seronok ceritanya. Harga kelapa di Bagan Datok sekitar 40 sen hingga 60 sen sahaja, seberang sungai harganya boleh mencecah sehingga 90sen pada satu ketika. Mengapa ini terjadi ?

Berbalik kepada cerita mahluk perosak, mana tidaknya binatang ini berada di kebun. Malah orang tua saya ada terjumpa pak belang dikebun. Ini kerana tiadanya pertumbuhan penduduk di Bagan Datok. Demografinya negatif sekirang 10 hingga 15 peratus. Maknanya macam tiada orang yang beranak di Bagan Datok.

Hal ini pernah saya ketengahkan pada persidang tahunan parti siasah di Bagan Datok, yang sakit hatinya saya ada yang mempersendakan cadangan saya ketika itu. Orang kuat dan kononnya AJK parti siasah diperingkat bahagian. Siap mereka mentertawakan lagi saya, kononnya bercakap mengikut nafsu dan darah muda.

Tapi kini telah terbukti, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini menang piliharaya dengan majoriti 12 ribu lebih dan yang lepas tak sampai 2 ribu majoriti. Memanglah tak malunya AJK ini masih lagi gah dengan statusnya kini dan langsung tidak ambil pusing dengan hal yang saya perkatakan.

Berbalik kepada buah kelapa, majoriti yang tinggal di Bagan Datok atas 50 tahun dan keatas atau lebih molek kita katakan kampung orang pencen. Dimana tenaga dan kurat mereka untuk berkebun, jadi tinggallah kebun atau upahkan orang melakukanya.

Tranfomasi pertanian dari kelapa ke kelapa sawit juga dilihat sebagai faktor penyumbang dalam kemorosotan pengeluaran kelapa di Bagan Datok. Akan tetapi semua ini dilakukan melalui sistem pajak atau kontrak. Sementara kelapa sawit mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Jika tidak, belum pasti apa yang akan berlaku.

Sekirannya anda yang membaca punya idea, pandangan serta tidak bersetuju dengan pandangan peribadi saya ini sila emailkan semuanya kepada saya. Terima Kasih kerana membaca.

Bagan Datuk Perlukan Perubahan




Bagan Datoh-12 Nov 2009. meskipun Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun, sudah sampai masanya penduduk Bagan Datok menikmati kemerdekaan tersebut. Nikmat kemerdekaan yang dimaksudkan adalah pembangunan fizikal yang lebih ketara dan tidak bersifat sementara.

Dalam majlis perasmian Program 1 Malaysia di Kampung Sg Keli, Hutan Melintang hujung minggu lalu. Ahli Parlimen Bagan Datok yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa akan dibina satu kem tentera di Bagan Datok.

Pembinaan Kem Tentera ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi menempatkan kem tentera diluar kawasan bandar dan ianya lebih strategik dari aspek keselamatan negara. Disamping itu Bagan Datok juga akan mempunyai tidak kurang 2 ribu orang penduduk tambahan.

Pembinaan kem ini kelak, diharapkan akan dapat mengikatkan ekonomi hiliran masyarakat setempat dan akan dibina secepat mungkin.

Dalam perkembangan yang berkaitan, sebelum ini juga Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi juga pernah berjanji akan membina satu pengkalan mini pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia berhampiran perairan Bagan Datok. Ini bagi mengukuhkan lagi kedudukan pasukan tentera negara dismaping membenteras jenayah lautan di perairan ini.

Jika ini semua benar-benar terjadi, Bagan Datok mungkin akan bangkit semula dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Apa yang penting imej pekan koboi tidak lagi disandang oleh Bagan Datok buat selama-lamanya.

Tuesday, November 10, 2009

SALAM PERKENALAN...

SALAM DIALAM MAYA,

Setelah hampir lebih 30 tahun hidup dibumi Allah ini, saya berasa terpanggil untuk membuka blog ini bagi menonjolkan imej Bagan Datok. Setelah lebih 50 tahun MERDEKA hari ini Bagan Datok boleh dilayari diseluruh dunia.

Jika anda berada diluar kawasan dan anda adalah anak Bagan Datok, idea serta buah fikiran anda amat diperlukan. Sila salurkan komen dan pandangan anda diblog ini atau e-mail terus bagandatuk@gmail.com.

salam buat orang Bagan Datok... anda adalah penyambung warisan.