Kampungku
segalanya bermula disini...
Monday, November 1, 2010
Saturday, October 30, 2010
ZAHID SEDIA LEPAS PENGERUSI UMNO PULAU PINANG
Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi sedia melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang jika diarahkan oleh Presiden parti. Kesediaan tersebut dibuat selepas memikirkan kepimpinan UMNO negeri harus ditadbir oleh anak tempatan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Komuniti Bestari dan Penyerahan Surat Akuan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Baru, Bagan Datok. Jelas beliau lagi, hanya menantikan arahan dari Presiden dan pada bila-bila masa beliau sedia melepaskan jawatan tersebut.

Friday, October 29, 2010
Naib Ketua Bahagian memperbincangkan isu 153
Naib Ketua Bahagian Bagan Datok, Hasan Hamzah pagi ini menjadi moderator kepada pembentangan pertama pada "Forum Memperkasa Ekonomi Bumiputera" di Ipoh. Pembentangan bertajuk "Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan : Benteng Keistimewaan Orang Melayu".
Sesi yang panas ini berjaya dikawal oleh Hasan Hamzah dengan cadangan serta pendapat peserta membuat sesi ini amat bermakna.
Sesi yang panas ini berjaya dikawal oleh Hasan Hamzah dengan cadangan serta pendapat peserta membuat sesi ini amat bermakna.
Saturday, October 23, 2010
KENALI KETUA KAMPUNG ANDA.
Sidang Sani merupakan Ketua Kampung Teluk Buluh sejak 2008 yang lalu. Anak jati Teluk Buluh mewarisi sifat kepimpinan arwah ayahandanya. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bagan Datok ini juga turut memegang jawatan Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pengerusi Masjid.
Sidang Sani, 54 tahun juga merupakan Timbalan Pengerusi, Sekretariat Pendidikan UMNO Bagan Datok boleh dihubungi di talian 019-5928089.
Sidang Sani, 54 tahun juga merupakan Timbalan Pengerusi, Sekretariat Pendidikan UMNO Bagan Datok boleh dihubungi di talian 019-5928089.
Friday, July 30, 2010
Program Bina Insan Guru (BIG) IPG Kampus Ipoh
Bermula dari 29 hingga 31 Julai 2010, Kampung Pasang Api menerima lebih 40 orang pelajar IPG Kampus Ipoh yang bertandang di rumah 13 orang penduduk kampung. Program ini disempurnakan perasmian penutupnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Dato' Sha'arani Mohamad.
Subscribe to:
Posts (Atom)